Tuesday, January 18, 2011

nice scarf...pink....





sweet smile...............

dah mcm org besar2.....rileks aaa....
Ini my little cousin...cute kan?especially her eyes...nice and lovely.....i like it:))))))))

Bertaut semula..........

Assalamualaikum.....sudah lama saya tidak menulis di halaman ini rasanya....oleh itu, ingin saya kembali semula secara aktif menulis di dalam ruangan ini....rugi rasanya kalau ada kesempatan tetapi tidak digunakan dgn sebaik mungkin...........sia-sia shjlah saya wujudkan blog ini....ye tak gitu:)))

Monday, September 20, 2010

Selamat hari raye................

Setelah sebulan, umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini tibalah 1 Syawal  yang dinanti2....sayu tatkala mendengar takbir menandakan kita telah berpisah dengan bulan Ramadhan pada tahun ni....kalau panjang umur, tahun depan plak kita akan bertemu.....Syawal tahun ni saya sambut seperti tahun2 lepas juga...pada pagi 1 Syawal, setelah selesai solat sunat Aidilfitri, saya bersalam dengan kedua-dua ibu bapa, memohon kemaafan, setelah itu, kami menjamu selera dengan sate dan nasi impit (tempah jer...). Selepas itu, kami bertolak ke rumah nenek sebelah abah saya dulu, beraya di sana terlebih dahulu..sebelum ke rumah nenek sebelah mak saya...

Tuesday, August 31, 2010







Satu Malaysia Menjana Transformasi.... 


Logo satu Malaysia.....



Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53

Salam Kemerdekaan ke-53

Tepat jam pukul 12 malam semalam, kita telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-53, ini bermakna sudah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Kolej Harun Aminurrasyid telah mengadakan sambutan kemerdekaan dengan pelbagai acara yang menarik, antaranya ialah membuat logo satu Malaysia dengan menggunakan botol, persembahan oleh Palapes dan sambutan detik 12 malam...saya sebagai warga Khar amat terhibur dan terpegun dengan sambutan yang begitu meriah, yang mungkin tidak berlaku di tempat lain. Maaf tiada gambar yang sempat diambil pada malam semalam, namun Insyaallah, kalau ada kesempatan, saya akan tag gambar logo satu Malaysia yang dibuat dengan menggunakan botol...sangat kreatif dan menarik sehingga mungkin akan dimasukkan ke dalam Malaysian Book Of Record...bangga weh...

Thursday, August 12, 2010

~Suke-suke~


Gelak-gelak juga, tp yang penting cuba fahamkan apa maksud tersirat yang ingin disampaikan menerusi video ni...

~Senamrobik~

Time "warm up" sebelum memulakan senamrobik...