Thursday, August 12, 2010
Tuesday, August 10, 2010
Amalan-amalan di bulan Ramadhan...
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban utk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan, antaranya ialah:
- Solat sunat terawih
- Solat-solat sunat yang lain
- Bantu membantu sesama umat Islam seperti besedekah dan seumpamanya
- Memberikan hidangan berbuka puasa
- Banyakkan membaca Tahlil
- Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan daripada Allah SWT
- Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
- Banyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran
- Tinggalkan dan jauhi daripada perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia menghapus ganjaran pahala ibadah kita.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.....
Assalamualaikum....dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang dikasihi.Pejam celik2, rupa2nya semua umat Islam bakal menyambut bulan ramadhan pada hari esok. Diharap dengan kedatangan bulan yang penuh dengan barakah, kita dapat menambah amalan dan pahala pada bulan ramadhan ini. Pada semua kaum wanita, puasa tahun lepas dah ganti habis ke?????harap-harap janganlah ada hutang yang tahun2 lepas, kalau tidak makin bertambah2lah. Pada adik2 pula, ingat tak lagi niat puasa, mentang2lah puasa setahun sekali, dah lupa!!!yang penting puasa tahun ni biar penuh tau. Pada semua pulak, jangan jadikan bulan puasa ni sebagai halangan untuk kita menjalankan aktiviti seharian, jangan sampai ambil mc, tak pergi kerja sebab puasa...kononnya tak laratlah...letihlah.. oklah sampai kat sini dulu bual bicara kita. Insyaalah nanti saya uploadkan niat puasa untuk sesiapa yang dah lupa niat puasa k.Wsalam.....
Sunday, August 8, 2010
SALAM PERKENALAN......
Assalamualaikum...hello, hai dan salam satu Malaysia kepada semua yang melayari blog ini. Ribuan terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya.....tujuan saya menulis blog ini agar kita sama-sama dapat berkongsi ilmu, maklumat, pengetahuan, tips-tips penting, pendapat, komen dan sebagainya..posts yang pertama ini hanyalah kata-kata aluan sahaja, Insyaallah, saya akan menyambung lagi penulisan ini dengan perkara-perkara yang lebih menarik dan berfaedah kepada semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)













